Thursday, July 10, 2008

MADAH PUJANGGA

Kelmarin adalah kenangan, Hari ini adalah perjuangan, Esok..bukanlah satu kepastian.
*~*~*~*
Menyintai bukan bererti memiliki, Memiliki bukan bermakna menakluki, CiNTa itu memerlukan pengorbanan dan kesabaran.
*~*~*~*
Benih azam yang menyusur diri adalah warna ketinggian nurani, renda kemenangan adalah cambahan kesabaran yang tidak pernah pudar. Ayuh....bangun merentangi halangan demi sebuah mekarnya kejayaan.
*~*~*~*
Teruskan perjuangan dalam bidang yang diminati walau, sebesarmanapun gelombang yang menghalang. Usah kembali berpatah ke Pengkalan, layarkan terus bahtera perjuangan hingga berjaya mencecah Pulau Impian.
*~*~*~*
Persahabatan yang telah terbina ibarat dua buah jambatan yang menghubungkan antara dua benua. Jambatan itu akan terus kukuh jika ia sentiasa dibaiki oleh kedua-dua pihak.
*~*~*~*
Tidak dinamakan hidup jika tidak ada kekusutan. Tidak dinamakan kematangan jika tidak ada kekalutan.
*~*~*~*
Ramai orang lebih mengenali orang lain, Tapi...tidak mengenali diri sendiri. Kerana hanya sibuk mencari kesalahan dan kekurangan orang tanpa menghitung kekurangan dan kesilapan sendiri.
*~*~*~*
Kalau inginkan kesejahteraan setahun... tanamlah benih. Kalau inginkan kesejahteraan 10 tahun... tanamlah pokok Kalau inginkan kesejahteraan 100 tahun... Maka..didiklah manusia
*~*~*~*
Pentingkan diri sendiri amat penting dalam hidup kita, tetapi....pentingkan diri orang yang di sekeliling kita juga amat penting untuk kesejahteraan.
*~*~*~*

No comments: