Saturday, June 21, 2008

Pantun Malas Sembahyang

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Rahsia Kentut ~ Just For Fun

1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kentut lalu menyalahkan orang lain
2. Orang BINGGUNG
Orang yang mehan kentutnya sampai berjam-jam
3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut
4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut
5. Orang MISTERIUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu
6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba kentut apabila disergah
7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang
8. Orang SADIS
Orang yang kentut didalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya
9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya
10.Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya
11.Orang BODOH
Orang yang kalau habis kentutnya menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar
12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh
13.Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya
14.Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain
15.Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman
16.Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air
17.Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam
18.Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut
19.Orang PINTAR
Orang yang boleh menghuraikan kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau bau durian
20.Orang KELAKAR
Orang yang sambil ketawa sambil kentut
21.Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating
22.Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut
23.Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri
24.Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut

Thursday, June 12, 2008


Bila la agaknya aku boleh pakai motor nie......



RINTIHAN ANAK SOLEH

TUHAN!
PIMPINLAH AKU SELALU
DI DALAM KEHIDUPANKU
AKU LEMAH KALAU ENGKAU
TIDAK MEMBERI KEKUATAN
AKU HAMBA-MU MEMANGLAH SENTIASA LEMAH
LEMAH FIZIKAL DAN LEMAH JIWA
DENGARLAH SELALU, BISIKAN HATIKU
ITULAH HARAPANKU PADA-MU
YANG SELALU MEMBUAT DOSA
MENGHARAPKAN KEAMPUNAN DARI-MU
YANG SELALU MEMBUAT DOSA
MENGHARAPKAN KEAMPUNAN DARI-MU
TUHAN, MASUKKAN DIDALAM HATIKU
TENANG DENGAN UJIAN
KERANA MENGHARAPKAN KEREDHAAN-MU
MASUKKANLAH KE DALAM HATIKU
TAKUT DENGAN KEMEWAHAN
KERANA TAKUT DISALAHGUNAKAN
MASUKKANLAH DI DALAM HATIKU
RASA CINTA PADA-MU
AGAR RASA LAZAT MENYEMBAH-MU
RAHMAT-MU YANG AKU HARAPKAN
AMAL IBADAHKU, TIDAK MEMBERI JAMINAN
ATAU KEMAAFAN-MU YANG AKU PINTA
SEKALI PUN AKU TIDAK LAYAK
AKU INI HAMBA-MU TUHAN!
TIDAK BERGUNA,
KERANA MEMBUAT DOSA SETIAP MASA
KUTIPLAH AKU DENGAN RAHMAT-MU
DAN SANDARKANLAH AKU DENGAN BERKAT
SESIAPA YANG BOLEH MENYELAMATKAN AKU
RAHMAT-MU YANG LUAS
BERKAT MELIMPAH RUAH KEPADA SESIAPA SAHAJA
YANG ENGKAU MAHU ANUGERAHKAN.